SYAIR HIKAYAT JEBAT
Barang tercanai budi pekerti
Luhur berbudi disimpan jati
Terkabar indah jiwanya sakti
Jebat pendekar raksa dihati
Kental jiwa berselaput derita
Menjulang tinggi penglipur bercerita
Gong ditabuh mengiring genta
Mukadimah cerita pelengkap melata
Kabarnya Tuah mati terfitnah
Jebat memendam hingga bernanah
Tidakkan pasir disebut tanah
Hinggakan sabar jadi seranah
Bergegar tiang istana seri
Jebat menghunus hai taming sari
Anjing diraja bercicir lari
Karma dibunuh tanpalah peri
Bergegar Melaka hingga ke Cina
Langkah Jebat diulit merana
Biar pendekar lain terlena
Tidakkan hatinya dipasang pelana
Sultan berdendam berhati gila
Laksamana Jebat bermaharaja lela
Singgah sana raja tempat bersila
Wirawan tekad bersabung pula
Habislah murka kesekalian rakyat
Pembesarnya tandu usungan mayat
Pendekar utusan hilangnya hayat
Datang bendahara membuka hikayat
Tuah disorok di ulu Melaka
Tidaklah Tuah dibunuh diluka
Raja tersenyum menguncup murka
Laksamana tari silat terbuka
Tempa Melaka berkemenyan berjampi
Tuah berkobar tidak bertapi
Belanya Jebat menjadi sepi
Azam membunuh Jebat berapi
Tuah terhidu wangian kasturi
Menghadap Jebat gagah berdiri
Gentar tidak roma terdiri
Bersaudara di hati jiwa kendiri
Terkejutlah Jebat bukan kepalang
Melihat Tuah bermata helang
Namun Jebat jiwa gemilang
Janji dihati bukan petualang
Jebat bahagia Tuah entah
Salam ditolak tanpa berpatah
Derhakanya Jebat hanya diratah
Diratah Tuah penjalan titah
Ampaian kata pembuka bicara
Tuah dijemput tiada tara
Tembang tarinya silat perwira
Jebat sebentar membawa lara
Isterinya dang wangi kasih cintanya
Harus ditinggal kerana prinsipnya
Adat laksamana ada cabarnya
Jauh dijemput dekat diturutnya
Senyuman manis terukir diwajah
Jebat menghulur serangkai hujah
Tiada terdaya mau menujah
Kerana tuah saudara nyawa diserah
Sumbang terisi dek ketawa Tuah,
Tidak disangka Jebat penyerah
Keris ditusuk memohon darah
Laksana petir tunggal di sore
Gong silat mulai bertabuh
Tarian silat Hang Jebat berlabuh
dipinggiran nyawa antara dua tubuh
Matinya nyawa tiadakan sembuh